Friday, 10 October 2014

Erin Malek Bergelar Istri


Pelakon muda Nur Arina Binti Abdul Malek, 20 atau lebih dikenali sebagai Erin Malek bersama pasangan Mohamed Farriz bin Mohamed Fauzy telah selamat diijab kabulkan dengan bersaksikan oleh bapa tirinya, Encik Fakhruddin.
Pasangan yang memilih konsep Sweet Garden ini telah selamat diijab kabulkan dengan satu kali lafaz sahaja dan telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Zainal Abidin.
Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Kediaman Erin sendiri di Duta Suria Residency, Ampang.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000 dan wang hantaran sebanyak RM 30,000. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas 9 dulang.
Pasangan ini juga telah memilih Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai tempat berbulan madu sebelum sibuk dengan lakonan dan perniagaan masing-masing sambil memulakan kehidupan mereka bersama buat pertama kali.
Sekalung tahniah buat pasangan Erin Malek dan suami, Mohamed Farriz kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. (rtky/hfz)

No comments:

Post a Comment