1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang.
3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus.
4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress.Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat.
5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Ini rahsia pasangan yang berkahwin, ya~
6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per-minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per-minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.
7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.
8. Bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu dan berkumur dulu. Yang mana merokok tu janganlah terus cium, bagi hilang bau tembakau dulu.
Inilah dia kelebihan bercium mulut yang mana setiap apa fitrah halal yang dilakukan oleh manusia itu telah dijadikan oleh Allah dengan berbagai-bagai kelebihan. Tapi jangan lupa, lakukan yang wajib dulu bagi membuka jalan ke arah ini. Iaitu? Nikah dulu, baru boleh cium. Belum nikah, jangan gatal-gatal nak buat. Haram.
menarik disini link
menarik disini link
No comments:
Post a Comment