SEKALIPUN tidak ditanya NGO yang menemuinya, Dr. Mahathirsengaja memberitahu, dia bimbang BN akan kalah dalam PRU14 nanti kiranya terus dipimpin Najib.
Sekalipun dalam kenyataannya sebelum ini Dr. Mahathir tidak bercadang supaya Najib digantikan atau Perdana Menteri itu berundur, tetapi ada tanda dalam kenyataannya kepada NGO itu dia suka Najib digantikan.
Bagi menyelamatkan BN, semua kesilapan Najib sejak menjadi Perdana Menteri mesti dibetulkan dan tidak meneruskan dasar-dasar yang sedang dirancangnya.
Itulah kira-kira perkara yang Najib perlu lakukan kiranya BN hendak selamat dalam PRU akan datang. Kiranya Najib tidak sedia membetulkannya, bererti Najib sengaja mengundang kekalahan.
Saya tidak nampak Najib akan mengaku salah atas apa yang dibuatnya dan tidak nampak Najib akan membatalkan pelaksanaan GST dan perjanjian dengan beberapa belas negara pimpinan Amerika mengenai ekonomi yang dibantah oleh pembangkang dan Dr. Mahathir. Perjanjian itu menunggu masa saja untuk ditandatangani. Apabila ditandatangani, orang asing mudah membuka perniagaan, tidaklah mampu saudagar tempatan menyainginya.
Dan jika Najib akur kepada tuntutan Mahathir, sempatkah Najib hendak membaiki kesilapannya menjelang PRU nanti? Ia dipercayai tidak sempat. Maka apa Najib patut buat ialah berundur.
Banyak yang saya tidak setuju dengan Dr. Mahathir, tetapi tentang banyak yang tidak betul dilakukan oleh Najib itu memang betul dan tentang kemungkinan BN kalah sama ada Najib tidak berundur atau pun berundur memang berasas.
Harapan bagi menyelamatkan BN hanya Najib mesti digantikan sekarang, bukan selepas ini. Jika dia berhenti sekarang, mungkin ada masa bagi penggantinya membuat pembetulan. Itupun jika pengganti itu berwibawa. Tetapi harapan ia diselamatkan oleh penggantinya juga belum tentu kuat.
Maka siapakah yang Mahathir fikir bagi menggantikannya sekarang? Mahathir mahu siapa? Masa BN sudah amat suntuk. Jika ganti itu Dr. Mahathir sendiri belum tentu dapat menyelamatkannya, kerana kesilapan Najib itu adalah tambahan kepada beban orang-orang yang sebelumnya.
Puaka besar yang rakyat bakal hadapi ialah GST. Sekarang Malaysiaadalah negara yang amat mahal bagi rakyatnya. Ia belum termasuk GST. Di England barang yang sepaun sudah termasuk GST.
Semua bank sudah membuat persediaan tentang puaka. Najib sudah tidak boleh tangguhkan. Jika ditangguh/dibatalkan, akan mengamuk pula bank. Bukan justeru bank suka, kerana bank telah terpaksa bersedia gara-gara puaka besar oleh Najib itu.
Jika ada rampasan kuasa seperti di Afrika dan Mesir pun tidak mudah mengatasinya. Maka seburuk-buruk perbalahan Pakatan Rakyat tetap tidak menghalang berdepan dengan risiko kalah yang Mahathir duga itu.
Puaka GST itu jauh lebih teruk daripada krisis MB Selangor termasuk takwil Dr. Wan Azizah sebagai calon MB baru. Maka apakah Pakatan bersedia menjadi ganti yang terbaik bagi BN dan Najib yang hilang keupayaan.
Maka Pakatan mesti keluar daripada puaka Langkah Kajang yang menjadikannya tinggal separuh nyawa dan hingga ia sudah dilihat kosong PM menunggu. PR mesti membuang Langkah Kajang itu ke Lautan Hindi dan ganti dengan Langkah Kanan Ke Putrajaya. Kedua, memulihkan PM menunggu sebelum ini jika sempat dilakukan.
Yang terbaik ialah mencari calon PM menunggu yang terbaik, tetapi ia bukan boleh dicari-cari. Ia mesti muncul sendiri.
Mahathir sudah pun beri isyarat pintu Putrajaya sudah tidak terkunci lagi. Jika mahu masuk Putrajaya, jangan fikir lagi bagaimana hendak membuang PAS
sumber ;harakah
menarik disini link
No comments:
Post a Comment