Saturday 16 May 2015

Lima Hari Minum, Mandi Air Mayat


Mayat Dalam Tangki

Kuala Lumpur – Misteri bau busuk air yang digunakan peng­huni sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini sejak Khamis ming­gu lalu akhirnya terjawab selepas pihak berkuasa menjumpai mayat seorang lelaki terapung di dalam tangki simpanan air di salah satu blok perumahan itu pada Selasa lepas.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mereka menerima aduan penghuni berhubung air yang keluar dari paip rumah berbau pelik dan busuk.

Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Abbas, 23, memberitahu dia terkejut apabila air rumah yang didiaminya selama setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas.

Katanya, bau dan rasa air itu sedikit meloyakan, namun dia dan rakan serumahnya tidak peduli kerana beranggapan mungkin paip rumah mereka berkarat.

“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.

“Saya difahamkan pihak pe­ngurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


KOSMO

Thursday 14 May 2015

Kisah Pemuda Sabah yang Berani dan Dikagumi Ramai

Pemuda Dari Sabah yang Berani dan Dikagumi
Kisah Pemuda Sabah yang Berani dan Dikagumi Ramai 


Seorang pemuda dari sabah wajar digelar wira apabila melakukan tindakan yang berani yang mungkin anda sendiri tidak berani melakukannya.

Ikuti kisahnya di bawah:

Gambar yang saya terima semalam cukup mengagumkan. Foto yang memaparkan sikap berani dan kemuliaan hati seorang pemuda ketika membantu seorang mangsa kemalangan ngeri.

Menurut maklumat yang diterima, seorang penunggang motosikal telah dirempuh sebuah kenderaan dan terperosok di bawah kereta (bukan myvi).

Kejadian berlaku berdekatan LRT Pandan Jaya pada malam Ahad lalu.

Kecederaannya dikatakan agak parah, retak dibahagian tempurung kepala.


Dengan penuh beranian, seorang pemuda yang menyaksikan kemalangan tersebut bertindak pantas mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dan dengan pantas membalut luka mangsa untuk menghentikan pendarahan.
Apa yang mendapat pujian ramai, Mohd Azlie (ND), pemuda tersebut sanggup membuka dan menggunakan bajunya sendiri untuk membalut luka mangsa tersebut.

Menurut maklumat yang disampaikan seorang pembaca, Mohd Azlie lebih dikenali dengan nama panggilan ND ditempat kelahirannya. Dia yang berasal dari Kg. Merampong, Keningau, Sabah, sememangnya seorang yang ringan tulang dan disukai ramai rakan dan keluarga.

Malah, dia pernah diberi anugerah pekerja contoh sebelum ini di syarikat tempat dia bekerja.
Bukan semua orang memiliki kesungguhan dan kesanggupan begini ketika membantu mangsa kemalangan sedemikian.

Syabas ND.

Sentiasa.com