Sunday 31 August 2014

2 pengguna Twitter maki PDRM diburu

KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, dengan seorang daripada mereka menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai "anjing Barisan Nasional".
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.

Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia."
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Heinrich Himmler adalah antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.



sumber:beritaharian

Saturday 30 August 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:
1 Memukul wajah 
Rasulullah SAW melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, "Jika  salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah. "

2 Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas'ud al-Badri, dia berkata, "(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud!' Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Apabila pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah SAW dan Baginda berkata, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! ' Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini, 'maka aku pun berkata,' Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini. "

4 Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5 Memukul dengan benda keras sehingga berbekas 
Ini juga dilarang oleh Rasulullah SAW Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Friday 29 August 2014

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Pertahanan 2014

JAWATAN KOSONG 2014
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)
KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SPMV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master
2. Gaji pokok : RM1800-3400
3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450
4. Elaun penginapan RM400
5. Elaun Shif RM 300
6. Elaun Uniform RM780
7. Elaun Dobi (bulanan) RM200
8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)
9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)
10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)
*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 7 September 2014 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.
Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M)
Bebas dari pengaruh dadah & kes polis
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. POWER RANGERS (100 kekosongan)
2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)
3. ULTRAMAN (150 kekosongan)
4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)(4 kekosongan)
5. AVENGERS (115 kekosongan)
6. KLUANG MAN (terbuka untuk penduduk sabahan) (sekampung pun boleh isi kekosongan)(‪#‎URGENT‬)
7. CICAK MAN (1 kekosongan)
8. BATMAN (1 kekosongan)
9. SPIDERMAN (1 kekosongan)



HAhahahaha...Aku pon tekena!!Sory ea!

Gambar Pelik dan Menakutkan Sebulum Ajal


Kemangan Maut di Dungun 5 Mati

Kemalangan di Felda Kerteh 4,Ketengah Jaya,Dungun tengah hari tadi 5 orang d khabarkan meninggal di tempat kejadian.Punja Kemalangan tidak dapat dipastikan...















Wednesday 27 August 2014

Langgar lari Pecah Kepala



Mohon rakan-rakan tolong share untuk tolong mangsa langgar lari ini..Kejadian area ipoh...







menarik disini link

Monday 25 August 2014

Dua Masjid Dibedil Zionis

Gaza (Palestin): Serangan udara dan bedilan kereta kebal rejim Zionis semalam dan hariini memusnahkan dua masjid dan mengorbankan dua lagi rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa Gaza.
Polis Gaza berkata, salah satu serangan udara meranapkan rumah pegawai Kementerian Undang-undang Hamas, Omar al-Bursh manakala pintu sempadan Gaza-Mesir turut mengalami kerosakan akibat terkena bedilan.
Selain itu dua masjid di Bait Hanoun serta Bandar Gaza yang dikatakan lokasi pejuang Hamas turut menjadi sasaran tentera rejim.
Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata seorang wanita berusia 42 tahun maut akibat bedilan kereta kebal dan seorang pemuda berusia 22 tahun maut dalam serangan udara di Bandar Gaza.
Konflik sejak 7 Julai lalu mengorbankan 2,122 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam serta menyebabkan lebih 450,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.
- Agensi
Foto



Sumber:metro

Orang Puteh Cakap Negeri


Kita Diperbodohkan Oleh Sejarah Dan Kebenaran Sejarah


\





So macam mana bila aku tengok video nie aku juga terfikirkan sesuatu..betul atau tidak kite dipermainkan sejarah??Tapi ada logiknya bukan.....

Saturday 23 August 2014

ARTIS LELAKI RAKAM VIDEO TIDAK SENONOH DALAM INSTAGRAM?




ARTIS LELAKI RAKAM VIDEO TIDAK SENONOH DALAM INSTAGRAM? | Terkejut baca ruangan Mizz Lahar di suratkhabar Kosmo hari ini. Mana tidaknya, Ammar Alfian yang penuh dengan kontroversi satu ketika dahulu dikatakan telah merakam aksi lucah bersama seorang pelakon lain dan berkongsi video tersebut di Instagramnya.

Walaupun hanya 15 saat, aksi yang ditunjukkan memang jelas dan akan membuatkan si penonton mengeleng-gelengkan kepala.

Mungkinkah rakaman video tersebut hanya salah satu babak lakonan Ammar Alfian? Atau ia adalah satu cara untuk Ammar meraih semula publisiti selepas sepi daripada dunia hiburan? Mungkin Ammar sengaja mahu mencipta kontroversi agar namanya disebut kembali.

Entahlah. Hanya Ammar yang tahu. Harap-harap ia hanya babak drama/filem lakonan Ammar. Kalau ia realiti, kami hanya mampu geleng kepala.


sumber:dunia glam

Sharnaz & Azwan Perang?

KUALA LUMPUR: Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semalam.
Malah pelakon drama popular 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu turut dikritik oleh Azwan di laman Instagram biarpun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan. Sharnaaz turut memuat naik gambar Azwan berselfie di laman Instagram miliknya.
Hari ini, Sharnaaz memuat naik pula paparan skrin yang bertulis status Azwan diTwitter di laman bergambar popular itu. Ikuti komen balas Sharnaaz menerusi khidmat aplikasi Whatsapp yang dikongsinya kepada BH Online.
"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya.
"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 15 episod berjudul 'Setitis Kasih Damia' di samping Nelydia Senrose untuk slot ratu di TV9.
Sebelum ini, Sharnaaz dan Nelydia pernah meledak dalam gandingan sulung mereka menerusi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.
Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred biasa.






sumber:BH

Friday 22 August 2014

Syok sekejap,tapi merana lama!

Tidak salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.
Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim. 
Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.

Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero‚ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan‚ kepada rakan lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.

Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!



Wednesday 20 August 2014

Penembak MH17 Didakwa!

The Hague: Malaysia mengulangi pendirian untuk mendakwa pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di mahkamah Malaysia kerana kapal terbang itu milik Penerbangan Malaysia (MAS).
"Suspek yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 akan didakwa di Malaysia kerana pesawat itu adalah hak milik negara," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 
Beliau berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan terhadap insiden itu berikutan Malaysia dan Belanda menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Tempoh masa tertentu perlu diberikan kepada pihak yang sedang menjalankan siasatan.
Foto

"Kita mungkin akan mendapat gambaran lebih luas berhubung perkara ini selepas hari Khamis (sebaik penghantaran 20 jasad mangsa MH17 rakyat Malaysia dilakukan)," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani mengakui bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh terburu-buru berbuat demikian kerana semua tindakan perlu berdasarkan kepada hasil siasatan.

Beliau yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, buat masa ini tindakan pihak kerajaan masih belum sampai ke peringkat pendakwaan.

Menurutnya, penelitian rapi pelbagai sudut perlu dilakukan sebelum kerajaan mengambil sebarang tindakan berikutan semua perkara ini memerlukan siasatan yang sangat rapi.

"Ini juga bergantung kepada tahap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu membabitkan negara lain seperti Australia, Belanda dan Ukraine.

"Semua ini turut bergantung kepada hasil siasatan yang masih berjalan," katanya yang tiba di negara ini untuk menyambung proses rundingan dan siasatan.

Kedatangan beliau turut dibantu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kali kedua berada di negara ini dalam tempoh kurang sebulan apabila tiba Isnin lalu bagi menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17.

Sementara itu Khalid enggan mendedahkan perkembangan rakaman data penerbangan (FDR) dan kotak hitam (CVR) pesawat MH17 yang memuatkan data penerbangan.

Pihak berkuasa kerajaan Belanda sebelum ini pernah meminta Khalid menghantar tiga pakar penyiasat yang mahir di dalam soal perundangan bagi membantu mereka menyiasat kes MH17 diUkraine.

Sumber:mymetro

menarik disinilink

Tujuh kereta dihempap bumbung

Bukit Mertajam: Tujuh kereta yang diparkir di tepi sebuah bangunan kedai di Jalan Aston di sini, remuk selepas dihempap bumbung depan premis berkenaan yang runtuh, petang semalam.
Antara tujuh kereta yang rosak teruk terutama pada bumbung itu termasuk kereta Toyota Vios, Proton Perdana, Proton Saga BLM, Perodua Myvi dan Viva yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. 
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat serta angin kencang dan kenderaan berkenaan milik pekerja sebuah bank yang diparkir di situ sejak awal pagi.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan seorang penjual apam balik yang berniaga berhampiran bangunan berkenaan cedera di kaki selepas terkena zink yang runtuh.
Foto
DERETAN kereta yang dihempap bumbung.

Sementara itu, pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengangkat bumbung dan sepihan zink sebelum kereta yang dihempap dibawa keluar.


sumber:mymetro

Tuesday 19 August 2014

Gambar Ngeri Penunggang SuperBike Kemalangan









menarik lagi disini link,link 

TABUR DUIT, CURI DUIT





Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.

Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.
Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O
1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita
2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan
3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan.

Nasihat
1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran.
2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian.
3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.

sumber:Polis Diraja Malaysia

Perkosa 100 mayat

Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya.
Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio.
“Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka,” katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: “Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya.”
Foto
DOUGLAS

Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: “Mungkin sehingga seratus.”

Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah.

“Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak,” katanya.

Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling.

Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan.

Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah.

Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. - Agensi
lagi menarik disini link
sumber:mymetro

Kerajaan Kedah kaji semula enakmen hiburan

Kuala Nerang: Kerajaan Kedah akan mengkaji semula enakmen hiburan sedia ada bagi mengekang pertumbuhan pusat hiburan di negeri ini selain penyalahgunaan lesen.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, dan Pembangunan Insan negeri Badrul Hisham Hashim berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan oleh Penasihat Undang-undang negeri bagi mengkaji semula enakmen itu. 
Katanya, enakmen itu akan menekankan prosedur yang ketat dan lebih telus agar pengusaha pusat hiburan tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Beliau berkata, kajian enakmen tersebut diperlukan selepas terdapat rungutan daripada pelbagai pihak termasuk parti politik yang mendakwa terdapat pusat hiburan yang beroperasi di kawasan perumahan yang mengganggu ketenteraman awam.

"Menerusi enakmen baru, pengusaha pusat hiburan yang beroperasi melebihi masa yang ditetapkan dan melanggar peraturan yang ditetapkan tidak akan diperbaharui lesen yang tamat tempoh," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang di sini, hari ini.

Badrul Hisham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang berkata, enakmen baru itu akan dibawa pada sidang DUN pada tahun hadapan selepas kajian mendalam dilakukan oleh jawatankuasa ditubuhkan. 

Katanya, kelulusan lesen hiburan di negeri ini berbeza dari negeri lain kerana kelulusan lesen itu dibuat oleh Pegawai Daerah dan bukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Beliau berkata, menerusi enakmen baharu itu setiap kelulusan akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk parti politik sebelum meluluskan lesen hiburan di sesuatu tempat. 

"Kalau ada pegawai yang tak ikut prosedur yang ditetapkan kita tak teragak-agak untuk akan ambil tindakan tegas," katanya. - Bernama
sumber;mymetro

Maut kereta perisai terbalik

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor. 
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.
Foto



Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.
lagi menarik disini link
Sumber:mymetro

Hospital Melaka:Masalah Parking Yang Serius!!

Selamat petang semua,hari hampir 7 jam aku di Hospital Besar Melaka membawa isteri tercinta check-up untuk baby kami yang pertama di O&G Hospital Melaka tadi sebab hari tu isteri ada masalah semasa dia mengandung dan ditahan wad selama 3 hari sebelum raya yang lepas dan diminta untuk rujuk ke pakar puan hari ini.
Bagi aku servis di Hospital Melaka tidak la seteruk yang diceritakan sekitar Melaka yang pernah aku dengar.Bagi aku setrafla dengan hospital hospital kerajaan yang lain yang pernah aku pergi hehe..Hospital mana lagi pernah aku pergi??Hospital Melaka jela..
Apa yang aku nak ceritakan dan kongsikan apa yang aku alami dari dulu kini,munkin selamanya kalu perkara nie tidak diselesaikan oleh pihak berkenaan,masalh ini akan berlarutan sampai ke hari tua,munkin sampai hari kiamat.Ok korang boleh tengok gambar  dulu..









Aku tak dapat nak putar satu hospital untuk menunjukan smua keadaan parking disini,bagi sesiapa yang selalu datang ke hopsital ini korang mesti tau parking Hospital Melaka nie macam mana bukan dalam je yang pack luar kawasan hospital pon pack jugak hingga sampai ke Masjid Negeri,gambar yang aku ameknie lebih kurang jam 2.00 pm masa isteri habis check-up,korang boleh nilai sendri berapa teruknya jamm dan keadaan parking disini bila waktu pagi walau pon pihak hospital telah bangunkan satu lot parking bertingkat lebih kurang 7 tinggkat aku kurang pasti.Apa yang aku kurang puas hati dari dulu kini munkin selamanya..Korang tengok gambar nie...




Cantikan parking dan banyak lagi parking di sekitar  hospital macam nie dan kalau korang selalu pergi ke Hospital Melaka korang akan perasaan ada waktu yang paking ini sangat legang pada saat kita perlukan parking di waktu pagi dan tangah hari...Ishh aku tengah geram nie rasa macam nak tujal-tujal keyboard aku tok lepaskan geram!Bila sampai part nie!
Selalu bila kita tengok parking kosong je kite pon nak masuk je Jaga akan cakap "sila ke parking bertingkat,nie parking untuk staff hospital" ishh geram je rasa!!Sebab apa!Parking untuk awam ialah paking staff dan paking untuk staff sememangnya untuk staff sahaja...Kalau satu kawasan saja tak pa nie boleh dikatakan hampir semua kawasan parking awam ada jugak parking staff yang berpagar dan ada Jaga yang jaga disitu...Apa kejadahnya semua ini??Bila di tanya mana parking yang kosong mesti jawapanya parking bertingkat,Tahu tak yang parking bertingkat penuh selalu aku putar atas bawah atas bawah hampa jiwa raga tahu tak....
Kalau kita nie pelawat satu hal waktu melawat mula pukol 1 pm.Jam 8 am hingga 11 am siapa yang datang??Kalau pelawat yang datang sebelum jam 1 pm tak seramai waktu melawat sebab semua orang tahu bukan waktu melawat tak kan ada seorang umat pon yang dibenarkan masok melainkan kes istimewa.Korang fikirla sudah tentu yang datang ke hospital waktu nie adalah pesakit yang ada temujanji di hospital.Walau pon yang datang temujanji bukan semuanya teruk tapi mereka tetap pesakit.
Hospital Swata tau Kerajaan matlamat utama mereka adalah untuk merawat pesakit bukan merawat staff hopital mereka sendiri.Kenapa banyak sangat parking untuk staff bukan untuk pesakit yang datang untuk temujanji..Ataupon staff lebih ramai dari pesakit?Aku tengok kesian makcik-pakcik umur lingkungan 50-an berjalan dari parking yang jauh ke bilik-bilik pemeriksaan kalau takda anak yang bawak.Cuba korang fikir kalau mak bapak korang ada ditempat tu.apa yang korang rasa agaknya.bukan nak meredahkan Hospital Kerajaan aku jaga salah satu pengguna setia Hospital Kerajaan,tapi isu ini perlu diselasaikan secepat munkin sebelum tibanya waktu..Korang boleh shorkan staff tunggang motor ke  tempat kerja kongsi kenderaan ke...Utamakan kebajikan masyarakat,kebajikan pesakit..Kalau semua parking untuk staff anda mana kami sebagai pesakit nak parking??Atas bumbung ??
Ini hanyalah luahan hati yang sekian lama aku pendam dari aku membawa aruah atok,aruah nenek untuk check-up di hospital sehingga la ke isteri aku sendri masalh yang sama aku alami.Mana-mana yang berkenaan harap maafkan la post ini..Ia hanya luahan hati seorang perindu.....


lagi menarik disini link