Wednesday 20 August 2014

Penembak MH17 Didakwa!

The Hague: Malaysia mengulangi pendirian untuk mendakwa pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di mahkamah Malaysia kerana kapal terbang itu milik Penerbangan Malaysia (MAS).
"Suspek yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 akan didakwa di Malaysia kerana pesawat itu adalah hak milik negara," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 
Beliau berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan terhadap insiden itu berikutan Malaysia dan Belanda menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Tempoh masa tertentu perlu diberikan kepada pihak yang sedang menjalankan siasatan.
Foto

"Kita mungkin akan mendapat gambaran lebih luas berhubung perkara ini selepas hari Khamis (sebaik penghantaran 20 jasad mangsa MH17 rakyat Malaysia dilakukan)," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani mengakui bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh terburu-buru berbuat demikian kerana semua tindakan perlu berdasarkan kepada hasil siasatan.

Beliau yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, buat masa ini tindakan pihak kerajaan masih belum sampai ke peringkat pendakwaan.

Menurutnya, penelitian rapi pelbagai sudut perlu dilakukan sebelum kerajaan mengambil sebarang tindakan berikutan semua perkara ini memerlukan siasatan yang sangat rapi.

"Ini juga bergantung kepada tahap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu membabitkan negara lain seperti Australia, Belanda dan Ukraine.

"Semua ini turut bergantung kepada hasil siasatan yang masih berjalan," katanya yang tiba di negara ini untuk menyambung proses rundingan dan siasatan.

Kedatangan beliau turut dibantu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kali kedua berada di negara ini dalam tempoh kurang sebulan apabila tiba Isnin lalu bagi menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17.

Sementara itu Khalid enggan mendedahkan perkembangan rakaman data penerbangan (FDR) dan kotak hitam (CVR) pesawat MH17 yang memuatkan data penerbangan.

Pihak berkuasa kerajaan Belanda sebelum ini pernah meminta Khalid menghantar tiga pakar penyiasat yang mahir di dalam soal perundangan bagi membantu mereka menyiasat kes MH17 diUkraine.

Sumber:mymetro

menarik disinilink

No comments:

Post a Comment