Sunday 17 August 2014

PENYAMPAI RADIO ERA, ADI FASHLA KEMALANGAN

Penyampai radio stesen Era FMAdi Fashla Jurami, 36, terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berdekatan Bukit Tinggi, hari ini. Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta.


PENYAMPAI RADIO ERA, ADI FASHLA KEMALANGAN, info, terkini, berita, kemalangan,

Jurucakap polis berkata menerusi laporan akhbar hari ini, Adi yang kini masih berada di wad kecemasan di sebuah hospital hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu. Menurut sumber lain pula, Adi Fashla sedang bercuti sakit hari ini akibat masalah kesihatan.

“Saya dihubungi Adi selepas dia terbabit dalam kemalangan pagi tadi. Buat masa ini, Adi masih berada di wad kecemasan di sebuah hospital. Saya tidak dapat beritahu hospital mana sebab Adi akan dipindahkan nanti. Akibat kemalangan tersebut bahu Adi terkehel dan satu jarinya patah,” jelas Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran pula dipetik laporan Kosmo!.
PENYAMPAI RADIO ERA, ADI FASHLA KEMALANGAN, info, terkini, berita, kemalangan,

Syukur, Adi selamat dalam kemalangan berkenaan. Semoga Adi cepat sembuh. Insya Allah…

Sumber : ammboi.com

No comments:

Post a Comment