Thursday 29 December 2011

Ranking"kualiti"Jenama Laptop"notebook" Terbaik 2011

Laptop,notebook,lappy semua adalah gadget yang sama nama jer lain...gadget nie bukan sahaja menjadi kehendak tapi sudah menjadi keperluan kita,Gaming,kerja,hiburan dan lain-lain,bagi aku la,laptop nie memang sangat penting untuk aku buat kerja & kerja(game).aku memang tak pandang gadget-gadget lain dah tak kire la tablet ke ape-ape tah..bagi aku sume tu POYO hahaha...Amek gambar koleksi gadget  pastu post kat facebook..sorry kalau ada yang terasa..Beli tablet sebab ikut trend masa kini hahaha...apapun bergantung pada minat masing-masing..

OK!berbalik pada rank laptop terbaik berdasarkan kualiti bukan kuantiti belian...,korang lihat sendiri rank ini betul-betul..



Selain kualiti kriteria lain yang ditetapkan untuk dinilai ialah jumlah review, design, keyboard/touchpad, sapot teknikal (khidmat lepas jualan), software, inovasi dan juga kepuasan pelanggan.Kalau korang tengok Apple masih mendahului carta sejak tahun lepas.Apple memang layak sebab diorang ni pandai menggambungkan elemen teknologi dan inovasi dengan fesyen.  So sejuk je mata memandang produk diorang dan akan menangkap pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.  Cuma harga je mahal yang amat.  Lagi satu diorang ni jugak boleh dianggap sebagai trendsetter untuk gajet-gajet canggih.  Maksudnya bila Apple mulakan trend, syarikat pengeluar lain akan mengikut jejak langkahnya.

OK jelaskan!
Kalau di Malaysia Acer adalah jenama yang paling laku sejak tahun 2009-2011 dari jenama yang lain sebab harganya yang murah dan mampu milik..Tapi korang servey lah mana kedai servis komputer,jenama apa yang paling banyak repair...tentulah Acer..jenama lain memang susah nak jumpa...Bagi aku Asus adalah pilihan terbaik harga yang berpatutan,kualiti pun terbaik!!Walaupun aku mengunakan Toshiba dan laptop 1Malaysia(natsys),Asus  
mula merampas tahta di Malaysia.

Ada tak jenama laptop korang dalam nie...so fikir-fikir la bagi yang baru bercadang nak beli gadget nie...

Thursday 22 December 2011

"Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya " Jelas Ariff Alfian

 
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya, 


Kenyataan diatas cukup  menunjukkan betapa jauh Ariff Alfian tersimpang dari ajaran Islam "sudah terang lagi bersuluh" Nabi kite sendiri tidak mengaku jika umatnya melakukan hubungan sejenis,kembalilah ke jalan yang dulu jalan yang telah ibu bapa anda gariskan.Masih tak terlambat lagi nak bertaubat wahai Ariff Alfian.

Bakal doktor perubatan "seorang gay" ditaja Petronas pelajaranya.Tambahan lagi Ariff Alfian telah meninggalkan beban pada keluarga yang telah membesarkan dengan harapan pulang dengan ijazah kedoktoran menanggung hutang lebih 1 juta,Harapan yang tinggi melihat anaknya menjadi doktor sebaliknya pulang membawa isteri seorang lelaki?



Berikut adalah respon orang ramai mengenai kes Ariff Alfian

TWITTER

“Ariff Alfian, God gave you intelligence but you pushed that away for a guy. What a shame,”-@MarisaSoraya 

“Kahwin sejenis (same-sex marriage) is already a big sin. “Then leaving your parents to pay (off) the loan? You have a lot to tanggung (bear), Mr Ariff Alfian Rosli.”-@likhaSN

“I wish Ariff Alfian happy forever after with his partner. Obviously, Malaysians are not ready to accept gays here. Don't come back,”

Sumber: THE STAR

Apa-apa pun kita sama doa yang terbaik untuk Ariff Alfian moga dia pulang ke pangkal jalan post kali ni bukan lah aku nak kutuk-kutuk Ariff.Tapi sekadar renungan bersama dan peringatan pada ibu bapa dan juga remaja-remaja sekarang carilah lelaki/perempuan untuk pasangan kita.Ramai diluar sana yang kite boleh cari bukanlah kaum sejenis..Kadang-kadang aku terfikir sampai bila remaja Malaysia harus pergi jauh dari agama.Keluarlah dari hidup gelap tu.Sekian"Shigehito Gunzer"

Wednesday 21 December 2011

Turun Bendera Najib : Mahasiswa Hampir Ditumbuk





Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.
Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kekecohan apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.
Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.
Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.
Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.
"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.
"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.
"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu"








Adam Adli Sedang menaikan semula bendara Haji Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia selepas diturunkan dalam lingkungan masa kurang dari 5 minit dan mengantikan ia dengan bendara Panji Akedemik Freedom.


Perkara tersebut mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak khususnya pemuda pemuda UMNO Malaysia yang mengangap ia merupakan satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.
Jelasnya disini tindakan pelajar tersebut memang dianggap kurang ajar.Gunalah saluran yang betul untuk menyuarakan ketidak puasan hati.Silap langkah padah menanti.....<shigehito gunzer>

Saturday 17 December 2011

VIRUS BARU FACEBOOK DIKESAN

Hal bermula beberapa jam tadi..
aku dapat link dari sorang member.http://fbviralvideos.blogspot.com/
video yang menarik bukan....tapi sebenarnya itu adalh virus,yang akan post link tersebut secara auto ke wall anda dan auto share ke wall rakan anda.


Macam mana menarik kan.jangan tertipu!
jangan tertipu kerana anda adalah seorang lelaki jangan jadi korban macam aku.hehehe..
aku mula buka link http://fbviralvideos.blogspot.com/
nie dan terpaparlah seperti yang diatas nie.
memang mirip dengan halaman video di facebook bukan.tapi nie cuma cloning jer..
Dinyatakan disitu anda tidak boleh membuka link/video tersebut kerana video tersbut adalah premiun plugins dari youtube,dan anda diminta untuk install plugins tersebut.
Setelah dikaji dengan persaan marah barulah aku tahu isi tersebut diambil dari http://pluginplugin.blogspot.com


takkan terjadi apa-apa jika anda tak klik pada Install plugins,link tersbut takkan aktif jika anda tidak restart browser anda (f5).kalau terinstall...dan direload browser anda
I kan terjadi link ini akan terus dipost secara automaitk tanpa kebnaran anda,itu lah terjadi pada aku sendiri....




Solution
-Untuk Mozilla Firefox>pergi ke tabs Tools>Add-one cari tab Extension>cari youtube extension dan uninstallkan
kemudian restart browser(f5)
-Untuk Google Chrome pula pergi ker Tools>Extension cari youtube extension dan remove pastu restart browser..
sekian..

Friday 16 December 2011

Perkahwinan gay pertama lelaki Melayu Islam Malaysia


Sebenarnya nie bukan blog pertama aku...tp nie adalah first personal blog aku....Selalunya aku bloging untuk band aku punye blog..so ini adalah first story aku...
Aku nak ucapkan takziah kepada Arif Alfian Rosli,Arif nie merupakan pelajar tajaan Petronas dan hilang dari keluarganya lebih kurang 3 tahun.Tupp! dah kahwin dengan seorang lelaki Ireland namanye Jonahtan.Pelik!sekarang takde yang pelik atau mustahil.


Sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009 lagi.Then baru 3 hari lepas berita nie tersebar..Apa yang si Arif nie nak aku pown tak tau.Rupa ada,pelajaran pown ada...Tapi otak takdek,fikirlah kite agama Islam orang malaysia,nie telah memburukan menghina agama keluarga..
Elak-elakan la perkara macam nie,laknat tuhan dapt nanti silap 1 Malaysia kene nanti,Kadang perkara macam nie berlaku ianay akan menyebabkan ramai remaja yang akan terikut,selalunya acara perkahwinan gay/lesbian nie secara tertutup..mungkin lepas nie kaum yang sejenis akan berani buat majlis diaorang secara terbuka..Wahai ibu bapa jagalah anak anda...sekian...