Wednesday 22 October 2014

Janin Dalam Perangkap Sampah Di Segambut



SATU janin yang dianggarkan berusia lingkungan lima hingga enam bulan telah dijumpai oleh seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut, semalam.

Pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Menurut sumber Harian Metro, janin terbabit sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan pihak polis masih menyiasat dalam usaha untuk mengesan saksi ataupun ibu kepada janin tersebut.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber mynewshub.cc

Bila Neelofa Bergambar Di Katil Harga Hampir RM1 Juta



Ini adalah beberapa gambar yang baru dimuat naik oleh artis cun… Neelofa yang berada di pusat peranginan mewah Iniala Beach House, Phuket, Thailand.

Kalau ikut maklumat di instagram miliknya, Neelofa mengikuti sesi bergambar untuk majalah Hello Asia.

Iniala ni bukan calang-calang punya resort la kan… pernah dikunjungi artis popular seperti Kim Kardashian untuk berbulan madu.

Satu malam penginapan antara RM10,000 ke RM21,000 untuk villa dan bilik bermula pada harga sekitar RM6,000 satu malam.

Untuk villa, anda perlu sewa paling kurang 3 malam. Satu atau dua malam tidak dibenarkan.

Bermakna kalau anda memilih untuk lepak di villa paling murah di Iniala di luar musim puncak untuk minimum 3 hari… paling kurang anda perlu berbelanja RM25,000!

Kalau ambik rumah yang lagi mewah… lagi menjawab laaa ketebalan kertas kepala agung yang perlu dikeluarkan.

Sebab itu, penulis tak terperanjat bila Neelofa kata katil yang dia bergambar tu pun harga dia 200,000 Euro atau lebih kurang dalam RM1 juta! (gambar bawah)…  Tapi tak pastilah kalau dia tersilap info pulak… namun boleh jadi itulah harganya.

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan




Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan.
Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang wanita.


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Thursday 16 October 2014

Miera Liyana Sudah Minta Izin Ibu Untuk Lakon Adegan Bikini dan Adegan Melampau Dalam Filem..



 

Miera Liyana pelakon remaja berusia 21 Tahun pernah menimbulkan kontroversi pada kira-kira 4 tahun lalu apabila dia tampil dengan pakaian yang terlalu seksi di ABPBH 2010 yang menampakkan sebahagian payu da ranya. Namun Miera berkata ia telah sedar dan kontroversi itu merupakan satu pengajaran besar buatnya.

Bagaimanapun, menerusi filem terbaru lakonannya berjudul 'Dendam Orang Mati', Miera Liyana kemungkinan bakal berdepan dengan kritikan daripada segelintir penonton ekoran beberapa lakonan 'beraninya'. Antaranya babak di kolam renang yang memperlihatkan dia dalam keadaan berbikini serta adegan di atas katil bersama Fizz Fairuz

Mengulas mengenai perkara tersebut, Miera mengakui pada awalnya dia berat hati untuk melakonkan babak berkenaan. Namun selepas diyakinkan oleh pengarahnya Jason Chong, Miera menyahut cabaran tersebut.

"Mulanya saya berat hati nak lakukan babak itu. Iyalah, cukuplah dengan insiden baju dulu tu kan dan saya sebolehnya tak mahu lagi kontroversi. Tapi selepas diyakinkan oleh pengarah, saya ada kekuatan untuk melakukan babak tersebut. Misalnya untuk babak di kolam renang itu, pengarah beritahu saya yang babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot). Hanya saya dan Fizz saja yang berada di kolam sementara pengarah dan kru-kru lain hanya melihat dari atas bumbung.

"Saya tak rasa diri saya dieksploitasi. Saya anggap ia satu cabaran dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yang dikehendaki pengarah dan skrip", katanya ketika ditemui pada majlis previu 'Dendam Orang Mati' bertempat di e@Curve, malam tadi.

Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan pelakon 'Dendam Orang Mati'.Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan pelakon 'Dendam Orang Mati'.

Dalam filem terbitan Kru Studios itu, Miera memengang watak sebagai Min, isteri kepada Shahrul lakonan Fizz. Ini juga merupakan lakonan pertama kali Miera sebagai isteri. Namun dia tidak mempunyai masalah bergandingan degan Fizz memandang sebelum ni mereka pernah beberapa kali bekerjasama.

Begitupun, untuk babak panas itu sebagai langkah berjaga-jaga, kata Miera, dia akan memaklumkan kepada ibunya yang juga merupakan pengurusnya sebelum memasuki set untuk adegan tersebut.

"Filem ini menjalani penggambaran dua tahun lalu, ketika saya berumur 19 tahun. Waktu itu saya masih baru dalam dunia lakonan. Dapat pula watak isteri, ia satu cabaran pada saya. Tapi saya tiada masalah berlakon dengan Fizz sebab kami pernah berkerjasama beberapakali sebelum ini. Lagipun saya dan Fizz sudah seperti adik dan abang.

"Sepanjang di set pun, saya akan menghubungi ibu dahulu sebelum melakonkan babak-babak 'daring' itu. Dan ibu selaku pengurus saya akan pastikan tiada adegan yang keterlaluan dari segi lakonan saya. Dan lakonan itu pun banyak dilakukan dengan teknik camera trick.

"Tapi apapun saya tak boleh menutup mulut orang. Untuk lakonan sebegitu, saya boleh katakan ia adalah lakonan paling 'daring saya dan biarlah ia jadi lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu", katanya yang sudah bersedia dengan apa jua kritikan.

'Dendam Orang Mati' diterajui oleh Lisa Surihani yang memengang watak sebagai Lena. Filem ini mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Keadaan bertambah mengelirukan apabila diperkenalkan kepada isteri baru Sharul, Min di falt lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekaligus memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.

Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 2014.


Sumber: mazeermohamad.com

Miera Liyana Pakai Bikini!

Wahh hebat inilah artis zaman sekarang.....susah mau cakap,tapi apa pun kita perlukan bukti tentang perkara ini...

Wednesday 15 October 2014

Uztaz Kazim buat laporan polis?



Menurut maklumat yang admin perolehi dari blog lekatlekitgurl,tindakan ustaz Kazim Elias bakal membuat laporan polis terhadap seorang blogger Lavender Mummy yang dikatakan mempunyai banyak rekod buruk dalam dunia bloggersetelah beliau didapati cuba melakukan satu penipuan
dengan menggunakan nama beliau untuk satu program pengembraan curise bersama Ustaz Kazim.


Menurut maklumat yang diperolehi,gambar diatas adalah gambar blogger OKU yang dimaksudkan tersebut.





Berikut print screen yang admin ambil dari page Ustaz Kazim Elias.



sumber dipetik dari lekatlekitgurl

Jika Islam Itu Benar, Tempatkan Bilikku Di Neraka'



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com