Saturday 11 October 2014

Ragging bogel di UPM - Tujuh Pelajar Wanita Trauma.




7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti. 

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit

Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan. 

Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya. 

Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. - utaranews.com


3 suspek buli pelajar upm didedah

No comments:

Post a Comment