Monday 6 October 2014

Bot Tempur TLDM Ditemui


Bot tempur TLDM CB 204

Kuala Lumpur – Bot tempur yang terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah dilaporkan telah ditemui dan semua tujuh kru yang diketuai Lt Azri Bakar berada dalam keadaan selamat.
Menurut sumber SuaraTV, pihak TLDM telahpun menemui bot tempur tersebut dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan sejak malam tadi.

Tan Sri Abdul Aziz













Sementara itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui twitternya berkata bot tempur tersebut mengalam masalah enjin dan ‘stering gear’.
“KD Ganas telah terima panggilan distress pada pukul 3.00 petang tadi daripada bot (termpur tersebut) pada jam 3.00 pagi. Bot hadapi masalah enjin dan steering gear. Bot berada 30nm SE Stn Uniform.
“KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi bot untuk menyiasat. Bot berada pada kedudukan 7 batu nautika daripada KD Ganas. Tolong doakan bot selamat,” katanya menerusi Twitter beliau, sebentar tadi.
Beliau sebelum ini berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.
Beliau berkata jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.
“Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.
“Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Sumber suara tv 

No comments:

Post a Comment