Sunday 7 December 2014

Botol Plastik Dibuat Rumah

Tahukah anda kebijakan penduduk di sebuah kampung yang bernama Yelwa di Nigeria menggunakan bahan binaan yang murah untuk membina sebuah rumah hanya dengan menggunakan botol plastik adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak terfikir oleh kita yang menyangkan diri kita lebih bijak pandai dari mereka.

Kini lebih daripada 20 buah rumah telah dibina dengan botol plastik di kampung tersebut.



Setiap botol plastik diisi dengan tanah kering dan kemudiannya dipadatkan dengan kayu untuk membentuk sejenis 'bata' yang boleh diletakkan sebelah menyebelah dan di atas satu sama lain. Teknologi "botol bata" bermula di India, Selatan dan Amerika Tengah, satu cara pembinaan yang kos yang murah serta mesra alam.

Sumber karyaagungnetwork.blogspot.com

Wednesday 3 December 2014

Wajah Suspek Kes Toreh Muka Nur Shafiqa Dikenalpasti?




Adakah ini suspek yang dicari? 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menyamun dan bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Isnin lalu.

“Kami yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nur Shafiqa mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.

Sementara itu, Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.
  
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.

"Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Shafiqa di rumahnya, hari ini. – Bernama

5 Gambar Terkini Nur Syafiqa Yang Ditoreh Perompak & Mededahkan Punca Sebenar Kejadian!!




Mas Ermieyati Samsudin melawat Syafiqa yang ditoreh di muka oleh penceroboh yg menceroboh rumah beliau di Kelantan.

Menurut seorang individu yang juga seorang pegawai perubatan di Hospital Tengku Anis mendedahkan, apa yang terjadi pada Nur Syafiqa dan ibunya Hat Tema, bukanlah atas motif rompakan.

Menjelaskan dengan penuh confident, Eqram Slayerz mendedahkan, kes ini adalah bermotifkan dendam.

"Di sini saya nak tegaskan ek, sebenarnya ini bukan kes samun. Ini kes dendam. Si ex dia ni tak puas hati sebab dia bertunang dengan orang lain. Duit habis dah banyak, faham-faham jela dan dia datang untuk dapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis di mana tempat saya bekerja, Pasir Puteh.

"So untuk perempuan di luar sana, jangan kikis duit lelaki k. Tak nak, cakap tak nak je senang. Memang kat kampung dia ini seorang yang femes sebab lawa kan," katanya.


Tidak dapat dipastikan sama ada cerita yang didedahkan pegawai perubatan HTA ini benar ataupun sekadar cerita rekaan untuk mendapatkan LIKE di Facebook. Dalam kenyataan media juga ada mendakwa, dua suspek berkenaan dikenali oleh mangsa.

Syafiqah bersama tunangnya. 

Semoga Nur Syafiqa tabahkan hati. Allah tarik sedikit nikmat cantik dengan memberi dugaan dan musibah. Tetapi pahala Allah berikan lebih besar untuk hambanya yang sabar. Rupa tidak akan kekal selamanya. Semoga cepat sembuh. Semoga kembali kuat semangat. - MY MEDIA HUB


Tunang Wanita Mangsa Toreh Berjanji Setia


KOTA BHARU : Mohd. Azijja Zafran Zahrani,
tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan
setia bersama insan kesayangannya itu
walaupun berkemungkinan gadis tersebut
mempunyai parut kekal pada wajahnya
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan
sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu
dalam menempuh apa jua keadaan sebelum
melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan
Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada
masa ini, dia memberikan fokus untuk
memulihkan kembali semangat tunangnya itu
"Walau apa pun terjadi, saya akan terus
bersama Nur Syafiqa dan kami akan
meneruskan majlis perkahwinan seperti yang
dirancang sebelum ini," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa
menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya
ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh
salah seorang daripada dua penjenayah ketika
cuba melawan suspek yang menceroboh
rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri
Aman, Pasir Puteh.
Berita berkaitan : Penyamun Toreh Muka Wanita
Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak
dapat menggambarkan perasaan sedihnya
ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan
dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
"Saya sangat cemas. Saya menangis tidak
henti-henti dan sehingga hari ini.
"Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum
tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih
dan trauma dengan tragedi yang menimpanya
itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali
dia tersentak dari tidur kerana bermimpi
mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut
untuk pulang ke rumah itu," katanya.
Sementara itu, ketika menceritakan detik
kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu,
Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia
tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej
daripada tunangnya yang memberitahu telah
dirompak dan meminta saya segera ke hospital.
"Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana
dia memang suka menyakat saya," katanya



Selanjutnya disini link
Gambar lelaki yang menoreh mangsa link