Thursday 29 December 2011

Ranking"kualiti"Jenama Laptop"notebook" Terbaik 2011

Laptop,notebook,lappy semua adalah gadget yang sama nama jer lain...gadget nie bukan sahaja menjadi kehendak tapi sudah menjadi keperluan kita,Gaming,kerja,hiburan dan lain-lain,bagi aku la,laptop nie memang sangat penting untuk aku buat kerja & kerja(game).aku memang tak pandang gadget-gadget lain dah tak kire la tablet ke ape-ape tah..bagi aku sume tu POYO hahaha...Amek gambar koleksi gadget  pastu post kat facebook..sorry kalau ada yang terasa..Beli tablet sebab ikut trend masa kini hahaha...apapun bergantung pada minat masing-masing..

OK!berbalik pada rank laptop terbaik berdasarkan kualiti bukan kuantiti belian...,korang lihat sendiri rank ini betul-betul..



Selain kualiti kriteria lain yang ditetapkan untuk dinilai ialah jumlah review, design, keyboard/touchpad, sapot teknikal (khidmat lepas jualan), software, inovasi dan juga kepuasan pelanggan.Kalau korang tengok Apple masih mendahului carta sejak tahun lepas.Apple memang layak sebab diorang ni pandai menggambungkan elemen teknologi dan inovasi dengan fesyen.  So sejuk je mata memandang produk diorang dan akan menangkap pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.  Cuma harga je mahal yang amat.  Lagi satu diorang ni jugak boleh dianggap sebagai trendsetter untuk gajet-gajet canggih.  Maksudnya bila Apple mulakan trend, syarikat pengeluar lain akan mengikut jejak langkahnya.

OK jelaskan!
Kalau di Malaysia Acer adalah jenama yang paling laku sejak tahun 2009-2011 dari jenama yang lain sebab harganya yang murah dan mampu milik..Tapi korang servey lah mana kedai servis komputer,jenama apa yang paling banyak repair...tentulah Acer..jenama lain memang susah nak jumpa...Bagi aku Asus adalah pilihan terbaik harga yang berpatutan,kualiti pun terbaik!!Walaupun aku mengunakan Toshiba dan laptop 1Malaysia(natsys),Asus  
mula merampas tahta di Malaysia.

Ada tak jenama laptop korang dalam nie...so fikir-fikir la bagi yang baru bercadang nak beli gadget nie...

No comments:

Post a Comment