Thursday 14 August 2014

Salah Guna Media Sosial


Polis menerima 121 laporan berhubung penyalahgunaan media sosial disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis membuka 30 kertas siasatan berhubung kes itu selain memfokuskan pelan tindakan dalam usaha menjaga hubungan antara kaum, agama dan institusi di negara ini. 

"Polis menjalankan kerjasama dengan beberapa agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia serta Jabatan Peguam Negara bagi membantu mengurangkan masalah penyalahgunaan media sosial
 terutamanya dalam kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media-media selepas mengadakan mesyuarat bersama kumpulan kerja keselamatan bagi penyalahgunaan media sosial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menjalankan program kesedaran bersama SKMM bagi bertemu kumpulan sasaran di universiti dan kompleks beli-belah.

"Diharap usaha itu nanti dapat menimbulkan kesedaran untuk saling menjaga hubungan antara kaum dan agama serta menghormati institusi negara," katanya.

Sumber:My Metro

No comments:

Post a Comment