Sunday 17 August 2014

Awie Tidak Menolak Jodoh Dengan Era!

Walaupun kisah cinta mereka suatu ketika dulu penah mendapat liputan seluruh rakyat Malaysia, hingga kini Awie dan Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila ramai yang ingin melihat mereka kembali bersama semula.
Semuanya gara-gara mereka dilihat seolah-olah sudah berjanji apabila mengenakan baju raya sedondon rona merah ketika hadir sama ke program Meletop Throwback Raya baru-baru ini.
awie erra kahwin PANAS! Awie Tak Tolak Jodoh Dengan Erra Fazira
Awie yang ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya semalam menjelaskan ianya hanya kebetulan dan tidak disengajakan.
“Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untuk hadir dengan pakaian dari rona yang sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu,”

Mengulas mengenai komen peminat yang mahu melihat mereka bersama kembali, Awie memberitahu Erra berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya namun Awie akui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.

awie erra kahwin 2 PANAS! Awie Tak Tolak Jodoh Dengan Erra Fazira

“Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

“Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.

“Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.

“Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT,” jelasnya lagi.
Jodoh pertemuaan di tangan Allah, apa yang terjadi di masa lalu sudah menjadi sejarah. Apapun semoga Awie dan Erra berbahagia dengan kehidupan mereka masing-masing.

Sumber : http://kezoom.blogspot.com

No comments:

Post a Comment