Friday 15 August 2014

Blogger didenda RM10,000

Blogger Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui Twitter.


Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai Obefiend menukar pengakuannya kepada bersalah. 
Effi Nazrel selaku Orang Kena Saman (OKS) turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan. Dia membayar denda itu.

Effi Nazrel didakwa terhadap dua pertuduhan menghantar dua komen jelik pada akaun Twitter dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong dekat sini masing-masing jam 11.21 pagi dan 11.23 pagi pada 1 Jun 2013.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber:MyMetro

No comments:

Post a Comment