Thursday 14 August 2014

Melaka:Murid Tahun SatuMaut dirempuh selepas solat

Seorang murid lelaki Tahun Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Kampung Gelam, Tanjung Kling.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mangsa Muhammad Anas Amir, 7, yang baru selesai menunaikan solat di Masjid Kampung Gelam sedang melintas jalan bersama rakannya ke sebuah kedai yang terletak berhadapan masjid berkenaan. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintenden Razali Abu Bakar berkata, bagaimanapun mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah Klebang ke Tanjung Kling. 

"Rempuhan mengakibatkan mangsa tercampak ke tepi jalan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.


Sumber:harian metro

No comments:

Post a Comment