Ismailia (Mesir): Konvoi Misi Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza yang dijadualkan tiba di pintu Rafah sekitar 7 petang semalam (waktu Malaysia) berdepan ujian berikutan bekalan perubatan dan keperluan yang hendak dibawa masuk ke Gaza masih berada di Kaherah.
Sehubungan itu, konvoi kemanusiaan yang sepatutnya sudah berada berhampiran sempadan Mesir-Gaza pada Khamis lalu, perlu ditangguh sementara perjalanan dan kesemua anggota misi terpaksa bermalam di Ismailia, kira-kira 128 kilometer dari Kaherah.
Apabila selesai semua lori kontena yang membawa kargo seberat kira-kira 10 tan itu yang dijangka tiba di Ismalia, hari ini, barulah konvoi akan bergerak pula sejuh kira-kkra 300 kilometer untuk ke Rafah.
Selain itu, kekangan keselamatan di sepanjang laluan ke Rafah khususnya di Utara Sinai yang masih berada bawah perintah berkurung tentera bermula 4 petang hingga 6 pagi juga menjadi faktor konvoi terpaksa berhenti di Ismailia.
Selain itu, kekangan keselamatan di sepanjang laluan ke Rafah khususnya di Utara Sinai yang masih berada bawah perintah berkurung tentera bermula 4 petang hingga 6 pagi juga menjadi faktor konvoi terpaksa berhenti di Ismailia.
Ismailia adalah bandar pelabuhan di Mesir yang menjadi lokasi persinggah sebentar konvoi sebelum meneruskan perjalanan ke Rafah.
Sekitar 9 pagi semalam, 85 sukarelawan termasuk petugas media, doktor dan wakil kedutaan bertolak dari Kaherah.
Misi diketuai sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan disertai badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Mercy Malaysia serta MAPIM.
Sementara itu, Dr Norshida Brahim, 40, yang turut sama dalam perjalanan mengikuti Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, berkata: "Walaupun perasaan takut menyelubungi diri, saya kuatkan semangat kerana benar-benar tekad untuk membantu penduduk Gaza."
Beliau yang pertama kali masuk ke kawasan konflik peperangan, berkata ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat dan berharap segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
"Hati saya berdebar-debar sejak dua hari lalu, namun saya banyak berzikir dan membaca al Quran untuk menenangkan fikiran.
"Selain itu sesi taklimat yang diberikan sekretariat misi setiap malam sejak tiba di Kaherah, banyak membantu saya membuat persediaan mental dan fizikal," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Menurutnya, 26 doktor sukarelawan bersiap sedia untuk ditempatkan di hospital bagi menyumbang khidmat dan kepakaran masing-masing.
Sementara itu wartawan penyiaran TV3, Muhammad Arashy Mohd Azim, berjanji untuk memberikan laporan terbaik mengenai situasi semasa di Gaza buat tatapan rakyat Malaysia.
"Sebelum ini, kita sering mengikuti perkembangan di Palestin menerusi laporan media antarabangsa, saya fikir sudah tiba masanya media tempatan membuat liputan di Gaza untuk mencari dan menyampaikan berita mengikut perspektif Malaysia," katanya.
Menurutnya mereka akan cuba membuat lintas langsung dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.
"Apapun, ini adalah tanggungjawab yang besar dan saya akan cuba buat laporan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya yang juga pertama kali mengikuti misi sukarelawan ke kawasan konflik.
No comments:
Post a Comment