ebanyak 18 bot nelayan pesisir tenggelam akibat dimasuki air ketika hujan lebat di Pengkalan Pengkalan Nelayan Sungai Lereh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, nelayan yang menyedari kejadian cuba menyelamatkan bot mereka daripada temggelam namun gagal berikutan aliran air yang deras.
Mereka bagaimanapun berjaya menaikkan semula bot nelayan yang tenggelam di dasar sungai itu pagi tadi.
Sehingga kini sebanyak 11 daripadanya berjaya dinaikkan oleh nelayan dan mereka kini masih dalam usaha menaikkan baki bot berkenaan.
Sehingga kini sebanyak 11 daripadanya berjaya dinaikkan oleh nelayan dan mereka kini masih dalam usaha menaikkan baki bot berkenaan.
NELAYAN cuba menaikkan bot yang tenggelam.
Kejadian hujan lebat juga menyebabkan beberapa lokasi di sekitar negeri ini dilanda banjir kilat.
Sumber:MyMetro
No comments:
Post a Comment