Malah EVD ini membawa kepada kes kadar kematian sehingga 90 peratus.
Menerusi portal rasmi WHO, jurucakapnya, Paul Garwood, berkata EVD kerap berlaku di perkampungan terpencil di bahagian tengah dan barat Afrika berhampiran dengan hutan hujan tropika.
"Virus ini dipindahkan dari haiwan liar dan berjangkit kepada manusia melalui hubungan rapat antara individu tersebut."
Tambah beliau, haiwan liar seperti Kelawar Buah daripada spesis Pteropodidae adalah pembawa utama virus Ebola.
"Bagi yang dijangkiti EVD, mereka memerlukan penjagaan yang rapi serta sokongan yang insentif dan berterusan kerana setakat ini kami di WHO tiada rawatan spesifik atau vaksin untuk EVD," tegas beliau.
Asal Usul wabak Ebola
Virus Ebola.
EVD pertama kali dikesan dan direkodkan berlaku di Yambuku di Republik Demokratik Congo yang pada dahulunya dikenali sebagai wilayah Zaire, Nzara dan Sudan pada tahun 1976.
Seterusnya wabak pembunuh ini menular dan dikesan di perkampungan kecil berhampiran Sungai Ebola di Yambuku.
Justeru, nama penyakit Ebola mendapat nama dari sungai tersebut.
Virus Ebola mudah merebak
Kelawar Buah Pembawa Virus Ebola.
Jangkitan EVD sungguh mudah merebak, hanya dengan sentuhan dengan darah, cecair (air liur), organ atau apa jua bendalir antara populasi manusia dan haiwan yang dijangkiti EVD.
Ini disokong dengan laporan dari WHO, mengatakan bahawa di Afrika, jangkitan didapati berlaku apabila manusia memegang dan menyentuh bangkai haiwan yang dijangkiti EVD.
Anda harus lebih peka; WHO melaporkan haiwan yang membawa EVD antaranya adalah, cimpanzi, gorila, kelawar buah, monyet, antelop dan landak.
Malah, melalui hubungan secara langsung komunikasi dari segi percakapan mahupun fizikal mampu mengundang virus EVD terus merebak.
Tambahan ianya mudah dijangkiti menerusi organ seperti kulit terluka atau membran bendalir dengan darah, cecair, organ atau yang lain dijangkiti EVD.
Di samping objek seperti benda-benda yang dijangkiti EVD juga mampu menjadi pendorong virus ini merebak jika manusia menyentuh objek tersebut.
Air Mani Lelaki (Sperma) Antara Medium EVD Merebak
Lelaki yang pulih dari rawatan, mampu memindahkan EVD melalui air mani mereka dalam tempoh tujuh minggu selepas sembuh.
Doktor, jururawat ataupun mana-mana petugas kesihatan yang merawat pesakit EVD juga berisiko dijangkiti EVD apabila mereka tidak mengawal langkah pencegahan.
Ini jelas terbukti apabila di Nigeria dilaporkan apabila menerima kes kedua Ebola dimana pesakitnya seorang doktor.
Simptom-simptom Jangkitan Ebola

Demam secara tiba-tiba, lemah badan, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak antara tanda-tanda anda dijangkiti EVD yang merupakan penyakit virus pembawa yang teruk.
Selepas itu, pesakit akan mengalami muntah-muntah, ciri-birit, ruam kemerahan dan kegagalan buah pinggang dan hati untuk berfungsi.
Laporan WHO menyatakan dalam beberapa kes, antara tanda-tanda EVD ialah pendarahan dalaman dan luaran, manakala melalui ujian makmal mendapati sel darah putih dan kiraan platelet berkurangan dan enzim hati dalam tubuh badan pesakit akan meningkat.
Jika darah dalam tubuh seseorang lelaki yang dijangkiti EVD mengalir mereka masih bergelar pesakit EVD, sehingga mana virus ini hanya akan tersingkir daripada air mani selepas 61 hari dijangkiti.
Pada kebiasannya WHO melaporkan gejala EVD akan timbul selepas dalam tempoh antara dua hingga 21 hari selepas mereka dijangkiti wabak Virus Ebola.
Diagnosis awal oleh Doktor
Antara gejala awal yang hampir sama dengan EVD ialah denggi, malaria, demam kepialu, shigellosis, kolera, leptospirosis, hawar tikus, cacar rickettsiosis, demam berulang, meningitis, hepatitis dan lain-lain demam virus berdarah.
Setakat ini ujian makmal mendiagnosis virus Ebola dengan beberapa saringan ujian antaranya antibodi menangkap enzim-esei imuno serapan berkaitan.
Selain itu, ujian pengesan antigen dan ujian pengneutralan serum juga mampu mengesan EVD.
Malah reaksi berantai transcriptase polymerase terbalik (RT-PCR), mikrosokop electron dan virus pengasingan oleh struktur sel menjadi strategi oleh pakar-pakar perubatan bagi mengesan EVD.
Penawar Dan Vaksin Ebola
Pakar perubatan seluruh dunia masih buntu dalam mencari penawar yang spesifik bagi wabak EVD.
Namun, setakat ini masih belum ada vaksin untuk EVD walaupun petugas kesihatan beberapa kali menguji vaksin terhadap EVD, tetapi tiada satu pun yang sepadan.
Walaupun tiada perubatan yang khusus, pesakit yang dijangkiti perlu mendapat penjagaan sokongan yang intensif.
Ini kerana mereka sering mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan memerlukan rehidrasi oral (meminum banyak air) melalui elktrolit atau dipanggil cecair intravena.
Panduan WHO: Pencegahan Dan Kawalan Virus Ebola
Paul menasihati orang ramai bahawa, pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal RESTV pada haiwan domestik.
"Rutin pembersihan dan pembasmian kuman perlu dilakukan di ladang seperti babi atau kandang monyet dengan menggunakan natrium hipoklorit atau bahan cuci yang lain."
Jika wabak tersebut disyaki telah merebak, premis atau tempat yang dijangkiti wabak tersebut perlu dikuaratin dengan pengawasan yang ketat ketika menanam atau membakar bangkai.
Di samping itu, penyekatan dalam pergerakan haiwan perlu diusahakan bagi menghalang mereka dari terus membawa EVD kepada haiwan lain yang berada di ladang berbeza.
Beralih kepada manusia pula, orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang atau memakan haiwan liar yang dijangkiti virus.
Memakan daging eksotik seperti daging monyet, kelawar atau beruk dalam kalangan penduduk,dapat mengeruhkan lagi keadaan.
Ini dibuktikan dengan amalan pemakanan seharian yang berlaku di Guinea apabila kelawar buah menjadi menu utama.
Orang awam digesa memakai alat perlindungan tangan iaitu sarung tangan (glove) yang boleh didapati di pusat kesihatan berhampiran.
Sumber:sentisapanas
No comments:
Post a Comment