BOGOTA: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki berkata
kerajaannya akan mengheret Israel ke Mahamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi
perbuatan jenayah peperangan.
“Kami akan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan
menandatanganinya. Tidak lama lagi kami akan menjadi sebuah negara (berdaulat).
Itupun sudah mencukupi bagi mahkamah memulakan siasatan,” kata Malki ketika
melakukan lawatan ke sini.
Pesawat perang Israel melakukan 50 serangan udara di Gaza
semalam, mengorbankan lapan orang sementara pejuang Palestin membedil 25 roket
ke arah negara Yahudi itu, ketika semakin banyak negara menyuarakan agar
diadakan gencatan senjata.
Konflik itu kini mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,914
rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel terbunuh sejak 8 Julai lalu.
Malki, yang menghadiri upacara pelantikan Presiden Colombia,
Juan Manuel Santos, berkata sebelum ke negara ini, beliau berada di The Hague.
“Saya minta ICJ memulakan penyiasatan, untuk melihat sama
ada apa yang dilakukan Israel selama 33 hari lalu sudah sampai ke tahap jenayah
peperangan,” kata Malki ketika memberi taklimat di Bogota.
Pada 2009, Palestin meminta pejabat pendakwa ICC supaya menyiasat
dakwaan berlakuya jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang
dilakukan oleh tenetra Israel di Gaza antara 2008 hingga 2009.
Palestin memperoleh status sebagai pemerhati bukan anggota
di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2012, sekali gus
membuka ruang untuk penyiasataan ICC. – AFP
No comments:
Post a Comment