Bukit Mertajam: Tujuh kereta yang diparkir di tepi sebuah bangunan kedai di Jalan Aston di sini, remuk selepas dihempap bumbung depan premis berkenaan yang runtuh, petang semalam.
Antara tujuh kereta yang rosak teruk terutama pada bumbung itu termasuk kereta Toyota Vios, Proton Perdana, Proton Saga BLM, Perodua Myvi dan Viva yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat serta angin kencang dan kenderaan berkenaan milik pekerja sebuah bank yang diparkir di situ sejak awal pagi.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan seorang penjual apam balik yang berniaga berhampiran bangunan berkenaan cedera di kaki selepas terkena zink yang runtuh.
DERETAN kereta yang dihempap bumbung.
Sementara itu, pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengangkat bumbung dan sepihan zink sebelum kereta yang dihempap dibawa keluar.
sumber:mymetro

No comments:
Post a Comment