Seorang tukang cuci wanita ditemui mati oleh suaminya dalam tandas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang di sini, selepas diserang sakit jantung ketika bekerja, semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi dan mangsa, Rosnani Mat Yusof, 41, sudah bekerja di sekolah itu sejak empat tahun lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meluahkan keinginan mahu bekerja bersama suami yang juga tukang cuci di sekolah sama.
Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah.
Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah.
MAYAT Rosnani dibawa ke hospital.
“Kebiasaannya Rosnani dan suami bertugas di kawasan berlainan dalam sekolah tetapi sejak beberapa hari lalu, dia menyatakan mahu bekerja di lokasi sama dengan suaminya.
sumber:mymetro
No comments:
Post a Comment