Sunday, 17 August 2014

Kisah Benar Modus Operandi Upline Elken Untuk Jadi “Jutawan Segera” Jerat Pelanggan Baru!

mlm business
Anti MLM Business di Malaysia : Sekarang boleh dikatakan kos sara hidup terus melonjak tinggi meinggalkan  skala kenaikan gaji rakyat Malaysia hanya suam-suam kuku sahaja. Itu sebablah boleh kita lihat ada sahaja MLM business di Malaysia yang tumbuh bagaikan cendawan bagi “memerangkap ahli dan pelanggan baru dengan kaedah yang cukup tidak beretika” contohnya kes (DI SINI)
Yang menjalankan pernigaan dan MLM business di Malaysia dengan penuh beretika dan tidak menipu orang ramai, Berita Semasa ucapkan tahniah. Anda sememangnya peniaga yang unik. Ehem…..
Tetapi dengan lambakan MLM Business dan lambakan peniaga MLm baru yang tiada latar belakang pengurusan kewangan dan ilmu berniaga yang kuat, menyebabkan mereka mudah goyang dek kerana digoncang dengan cabaran dan liku-liku dalam perniagaan sehingga timbulnya perasaan ingin cepat kaya dengan cara pintas walaupun terpaksa memperdayakan orang lain atas nama “mengejar kekayaan dan pangkat dengan cepat“.

Anti MLM Business di Malaysia : Ramai Yang Mahu Jadi Jutawan Segera Dengan Jalan Pintas

Timbullah, modus operandi kalangan yang mendesak pelanggan untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat terutamanya kakitangan kerajaan, pinjaman peribadi Easy RHB, memperdaya golongan pelajar yang masih terpakai-kapai mencari identiti dan pengalaman hidup.
Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan kisah benar yang pernah terjerat dengan kalangan upline MLM Business yang sanggup bebruat apa sahaja, asalkan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan mereka. Semoga menjadi pengajaran kepada adik-adik di kolej, universiti, IPTA, kalangan kakitangan kerajaan dan cikgu-cikgu supaya lebih berhati-hati jika mahu terjebak dengan MLM business di Malaysia.
Samada mahu masuk MLM business atau tidak, terpulang. Itu pilihan dan kehendaka nda. Tetapi saranan Berita Semasa, berhati-hatilah.
Assalamualaikum,
Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya? Saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM business di Malaysia kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Kenapa?
Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ini dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM business ni iaitu Elken. Saya dan Juli di ajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami.
Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ini beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa itu kami belum ada kenderaan dan baru sangat dalam hal bisnes ini).
So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik ‘orang baru ke’? Makcik jawab ‘ya dari KL’ (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari ‘KL’).
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘cikgu’ alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kami datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa ‘tertipu’. So, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..
Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulakkami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku!
Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabilasuami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!
Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.
Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab itulah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu.
Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang ‘malu-malu’ nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?).
Umpan mereka :
  1. MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah
  2. UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah
  3. JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah
  4. TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan.
Kalau kita call pula, si penjawab akan kata”Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain” tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.
Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat ‘trick’ macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.
p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan itu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.

mlm business malaysia

Anti MLM Business di Malaysia : Jual Konsep Vs Jual Produk?

Bagi Berita Semasa sendiri, kita perlu faham MLM ini sebenarnya menjual konsep dan yang ingin dijual itu hanyalah sebagai salah satu daripada alat pendekatan sahaja. Dan apabila anda sudah menceburkan diri dalam MLm business tersebut, anda perlu buat kerja :
  1. cari downline
  2. tidak semua upline MLm business di Malaysia ini menipu, tetapi ramai yang menipu sekarang
  3. Yang tidak menipu dalam meniaga di mana percaya kepada konsep dan sanggup tebal muka, mereka-mereka ini yang akan berjaya
  4. Cuma bagi yang hanya memikirkan ia cara cara mudah untuk senang, mereka-mereka inilah yang akan terkandas
  5. MLM perlukan modal, jaringan dan paling penting masa
Hanya MLM business sahaja sibuk mencanang satu dunia,  duit mudah dapat. Tanyalah yang berniaga apa sahaja bentuk perniagaan servis dan perkhidmatan, produk fizikal dan macam-macam lagi di luar sana, beli kereta pun ikat perut ikat perbelanjaan sebab mahukan bisnes maju. Tetapi lain pula, kalangan yang sertai MLM business, baru join tidak menunggu lama untuk pergi ke showroom “Auto Bavaria” setelah dikelilingi persekitaran dan kelompok yang telah meracuni pemikiran mereka.
“ilmu di dada tidak cukup lagi, sibuk menambah hutang. Inilah BALA MLM jikalau tidak “berhati-hati”

Anti MLM Business di Malaysia : Gambar Jutawan & Orang Kaya Elken

P/S : MLM business di Malaysia terkandas sebab sistem pyramid. Barang yang  MAHAL bukan semua orang mampu beli, di mana barang pula perlu beli tiap-tiap bulan untuk “maintain point”.
PP/S : Duit boleh cari, TETAPI hancurkan hidup orang Tuhan akan balas berlipat kali ganda. Jadi lebih baik cari rezeki berniaga benda lain. Cari benda HALAL dan BERKAH.
menarik lagi disini link


sumber:beritasemasa.com

1 comment:

  1. Elken tak menipu. Upline yg menipu. Diorg nak produk tu laku... dia bawa produk tu ke rumah downline dia... terang punya terang ... pasti downline tertarik tetapi downline nk beli time ada duit la. si upline tu kata...takpa akak simpan dulu kat rumah. kalau kak takmau nanti saya bawa balik. diorg yang tak mai ambil . last last tuntut hutang sedangkan kita tak pernah order pun. Upline Zeenatunisa Omar dan Andy. Jaga jaga akaun bank kita isi dalam borang Elken. upline pegang maklumat akaun kita. Bila mereka ada kes... tetiba mereka buat report kata duit pelanggan kasi, depa letak kat akaun downline. Depa takda hitam putih tapi polis boleh percaya sebab kebanyakan yang berjaya mulut manis pandai pujuk org beli. yang jadi kambing hitam.. adalah downline

    ReplyDelete